Ini sahaja yang aku mampu tinggalkan..

“Encik cuma ada lagi 3 bulan je tinggal, saya cadangkan Encik perbanyakkan masa bersama keluarga terutama sekali anak-anak yang masih kecil” pesan doktor pakar kepada Johan.

Kata-kata doktor masih lagi terngiang di dalam kepala Johan, semenjak disahkan menghidap kanser hidung. Hidupnya kini berubah 360 darjah. Dengan anak-anak yang masih kecil, dia bimbang tentang masa depan mereka kelak.

Dan Johan masih merahsiakan hal ini daripada keluargnya sendiri. Dia tak mahu mereka terasa terbeban, lebih-lebih lagi isterinya yang tercinta. Perubahan yang berlaku pada Johan turut dirasai oleh sahabat baiknya Zainal.

“Johan..sejak dua menjak ni, aku tengok ko lain macam je. Makin senyap dan selalu termenung je. Ada masalah ke? tanya Zainal kepada Johan semasa mereka sedang makan bersama.

“Wei Johan! Dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soal Zainal lagi melihat tiada respon daripada sahabatnya itu.

Johan hanya tersenyum melihat sahabat yang dah lebih sepulu tahun dikenalinya itu. Masih bersama dari awal bekerja sampailah kini setelah masing-masing berjaya dan stabil.

“Aku okey je bro” jawab Johan. Dia termenung lagi.

“Ko sakit ke? Ada masalah kewangan ke? Ke nak buka cawangan baru ni?” Zainal masih belum berpuas hati dengan jawapan Johan. Dia tahu Johan sembunyikan sesuatu daripadanya. Johan yang dia kenal, jarang berahsia. Pasti ada yang akan dikongsikan.

Johan melihat keluar, dia menarik nafas yang dalam. Melepaskan secara perlahan. Dia masih terasa berat untuk kongsikan penyakitnya itu. Namun dia tahu, dia harus kongsikan kerana lambat laun orang lain akan tahu juga.

“Abi..bila besar nanti, Adam nak masuk Universiti. Nak belajar jadi Doktor Pakar. Nak tolong rawat orang sakit..” kata anaknya Adam semasa mereka beriadah di taman.

Kalau Adam nak jadi Doktor, kene belajar pandai-pandai tau” pesan Johan kepada anaknya itu. Adam mengangguk dan berlalu untuk bermain dengan adiknya. Johan sebak, adakah Adam dapat meneruskan cita-citanya itu bila dia sudah tiada nanti?

“Aku ada satu rahsia yang aku nak bagitau ko nal” Johan bersuara. Zainal memandang tepat ke wajah sahabatnya itu.

“Aku disahkan mendapat kanser hidung” Johan mula bercerita. “dan aku ada masa lagi dua bulan lebih je lagi tuk hidup”

“Ko biar betul wei!” Zainal terkejut. Dia tak sangka itu yang dia akan dengar daripada mulut Johan.

Betul la. Tak kan aku nak tipu” Johan balas tanpa riaksi. “Doktor dah sahkan. Sekarang ni aku rasa berat sebab aku tak tahu macam mana dengan anak-anak aku nanti bila aku dah takde lagi”

Zainal betul-betul terkejut. Dia tergamam. Sahabat baiknya itu akan pergi tak lama lagi.

“Nal, aku risau tentang masa depan anak-anak aku. Risau macam mana dengan pembelajaran dorang nanti. Aku tak nak dorang tercicir dalam pelajaran. Aku nak dorang dapat belajar setinggi yang boleh”

Johan melihat gambar keluarganya di dalam handphone. Sedih. “Aku cuma nak dorang berjaya walaupun aku dah takde lagi” tambahnya. Zainal hanya diam. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

“Tapi bukan ke ko ada buka SSPN-i Plus tuk dua orang anak ko tu?” tanya Zainal untuk pengesahan. Dia tahu Johan seoarang yang berpandangan jauh. Seorang yang mempunyai perancangan.

“Ye betul, tapi bila aku dah takde nanti. Mana cukup simpanan tu?” Johan teringat akan akaun SSPN-i Plus yang dia buka untuk anak-anaknya. Dia mula buka akaun seawal usia sebulan bagi kedua-dua anaknya.

“La ko tak tahu ke SSPN-i Plus ada bagi manfaat takaful untuk setiap anak-anak jika pendeposit meninggal dunia?” kata Zainal sambil menaip sesuatu di dalam handphonenya. “ko tengok ni”

“Tu kan manfaat yang waris ko akan dapat bila apa-apa terjadi kat ko nanti?” tunjuk Zainal. “Sejak ko cerita pasal buka akaun SSPN-i Plus tuk anak ko dulu, aku kaji dan aku sendiri dah buka tuk anak aku”

“lagipun simpanan SSPN-i Plus ni dijamin kerajaan. Aku buka sebab yela kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Jadi sebagai persediaan, aku buka akaun tuk anak-anak aku” terang Zainal lagi. Johan melihat gambar. Kurang sedikit kerisauannya.

“La betul la, aku ada buka akaun SSPN-i Plus ni.” Johan kembali senyum. Dia lupa yang dia ada buka dan setiap bulan tak pernah tinggal untuk menyimpan kerana dia buat pemotongan melalui gaji.

“Aku tahu ko Man With A Plan Johan, ko pun ada buat pelaburan lainkan. Sedikit sebanyak, pelaburan ko tu, anak dan isteri ko juga yang akan guna. Takde la dorang rasa terbeban sangat bila ko dah takde nanti” kata Zainal bagi menaikkan semangat Johan.

Dia kenal Johan seorang yang kuat dan sanggup berkorban wang ringgit demi keluarga. Dia sangat kagum dengan sahabatnya itu. malah Johan sanggup menepiskan impian peribadinya sendiri demi masa depan anak-anaknya.

“Sebagai sahabat, aku boleh tolong ikut kemampuan aku. Selebihnya kita berserah pada Allah. DIA yang menentukan. Dan ALLAH juga sebaik-baiknya perancang.” Pujuk Zainal.

“Untuk masa yang ada ni, elok ko banyakkan masa dengan keluarga. SOLAT pun jangan lupa, bukan nak mintak tangguh tapi nak kuatkan hati menghadapi saat tu nanti. Sentiasa ada di dalam Masjid”

Zainal menasihati sahabatnya dan nasihat itu juga adalah untuk dirinya sekali. Kerana dia tahu Ajal Maut ditangan Tuhan. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

Leave a comment