7 pilihan untuk melabur wang anda..wajib baca kalau tak nak menyesal!

Orang kata wang tidak tidak harus disimpan begitu sahaja. Apa pilihan yang ada untuk memberanakkan wang? Ada banyak opsyen yang boleh dipilih. Buat pilihan anda untuk pastikan wang anda selamat!

Apakah itu pelaburan?

Pelaburan dalam istilah bermaksud mengagihkan wang anda untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan darinya. Sebagai contoh, jika anda pinjamkan wang kepada rakan anda dan beliau membayar pinjaman tersebut setahun kemudian — misalnya RM110, bukan RM100 seperti yang dipinjam, ini bererti anda secara teknikalnya telah melabur pada rakan anda dengan pulangan 10% per tahun.

Anda tidak perlukan ilmu yang khusus untuk mula melabur. Ia nampak seperti sukar, tetapi apa yang anda perlukan adalah idea tentang apa yang anda mahu lakukan dengan wang anda dan apakah opsyen yang ada. Pelaburan bukanlah satu sains kewangan yang sakral — ia tidak lebih dari pengetahuan asas bagi mereka yang peduli tentang simpanan mereka.

Paling popular untuk melaburkan wang adalah melalui hartanah dan tunai — tetapi ini adalah situasinya bila mana yang paling popular tidak sinonim dengan yang terbaik. Jom kita check opsyen apa yang anda boleh pilih untuk melaburkan wang anda.

Apakah pilihan-pilihannya?

Tunai

Sesetengah orang masih percaya bahawa menyimpan wang di bawah tilam masih lagi satu pilihan yang selamat. Ya benar, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diingat jika itulah pilihan utama anda. Pertama, anda mempunyai akses yang terlalu mudah ke atas wang tersebut, jadi godaan untuk mengambil sedikit untuk perbelanjaan tambahan lebih sukar untuk ditepis. Kedua, ingat tentang inflasi: di satu waktu nanti, anda akan mendapati simpanan anda mempunyai nilai yang lebih sedikit dari yang anda jangkakan.

Deposit tetap bank

Anda depositkan wang anda di bank dengan kadar faedah per tahun yang tertentu. Setiap negara dan setiap bank mempunyai ketetapan amaun deposit, tempoh deposit, dan peratusan pulangan yang anda akan terima.

Bayangkan anda ada wang lebihan sebanyak RM1000 yang anda mahu elak dari dibelanjakan. Anda simpan ia di bank dengan kadar faedah, sebagai contoh, 6% setahun. Ini bermakna dalam setahun anda akan memperolehi RM1060 — bukanlah jumlah keuntungan yang hebat, tetapi agak memadai kerana anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkannya.

Bon

Ingat lagi contoh di mana anda meminjamkan wang kepada seorang rakan anda dan menerima lebih banyak dalam tempoh setahun? Ia berfungsi dengan cara yang sama. Bezanya kali ini anda tidak memberi pinjaman kepada rakan, tetapi kepada kerajaan, daulah, atau syarikat. Anda tahu dengan pasti bahawa anda akan mendapat wang anda semula, dan berapa peratus yang anda akan terima sebagai tambahan kepada jumlah yang anda pinjamkan.

Ada terdapat juga Eurobonds, yang didenominasikan bukan dengan matawang kebangsaan negara yang mengeluarkannya. Eurobonds dikeluarkan di dalam matawang yang asing bagi pihak yang mengeluarkan bon dan yang membeli bon.

Bon sedikit lebih rendah risikonya berbanding saham dan ia juga bersifat jangka panjang. Biasanya kerajaan menjual bond kepada bank-bank atau institusi kewangan lain untuk diagihkan kepada para pelabur. Kadar keberuntungannya bergantung kepada banyak faktor, tetapi secara keseluruhannya ia bukanlah amaun yang boleh memberikan “kelegaan” besar.

Emas

Pakar kewangan menasihatkan agar “simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pelabuan dalam bentuk EMAS” Bagi pelabur, kita sebenarya nak duit kita berkembang. Kalau simpan EMAS, macam mana nak berkembang? Sebenarnya, EMAS akan bertindak sebagai perlindung kepada KEKAYAAN kita. Bayangkan bila pelaburan kita mengalami KERUGIAN dan pulangan tidak seperti yang diharapkan. Sudah tentu kita akan mencari alternatif lain untuk mendapatkan dana. Lagi parah bagi yang melabur dengan begitu banyak sehinggakan tiada langsung wang untuk tampung kehidupan (kes melabur ikut trend/nafsu).

EMAS yang disimpan, akan kita gadai/jual untuk mendapatkan modal. Malah untuk menampung perbelanjaan kita. EMAS itu adalah wang! Dalam pelaburan EMAS, matlamat utama ialah untuk menambah berat per gram EMAS. Setiap keuntungan yang diterima, akan dipindahkan 10% untuk membeli EMAS. Lagipun kini dengan hanya RM100, anda dah boleh beli emas. Boleh baca disini senang buka GAP

Saham

Saham sedikit mirip dengan bon dari segi mekanismanya. Anda membeli sebahagian kecil pemilikan ke atas sebuah syarikat (atau mungkin besar, bergantung kepada kemampuan anda) dan mendapat dividen darinya sebagai seorang pemegang saham.

Selagi syarikat itu berprestasi baik, nilai sahamnya meningkat; bila-bila perniagaan merosot, sahamnya menjadi lebih murah. Harga saham biasanya agak mampu dimiliki, tetapi ingat betapa lebih kecil jumlah pelaburan anda, lebih tinggi komisen broker. Lagi pun saham agak berisiko. Bila situasi stabil untuk syarikat berkenaan, itu bererti saham didagangkan di aras purata. Waktu terbaik untuk membeli saham adalah ketika ia rendah, tetapi pastikan ia takkan jadi lebih rendah.

Akaun PAMM

Akaun PAMM (Percentage Allocation Management Module) adalah untuk mereka yang tidak begitu pandai berdagang atau mereka yang lebih berminat untuk menjadi pelabur berbanding pedagang yang aktif. Broker memberikan akaun yang dikongsi dengan dana bersama, di mana seseorang pelabur akan meletakkan wang beliau untuk diusahakan oleh pedagang yang akan berdagang di pasaran. Pedagang tidak boleh mengeluarkan dana tanpa kebenaran pelabur, dan pelabur tidak boleh berdagang tanpa pedagang.

Boleh ada lebih dari satu pengurus, pedagang dan pelabur — ia boleh sahaja melibatkan satu pasukan besar, tetapi dalam kes sebegitu keadaan akan menjadi lebih rumit dan ia dipanggil sebagai Open-end-funds. Open-end-funds adalah suatu bentuk pelaburan yang kolektif di mana anda kumpulkan wang dari beberapa orang untuk mencipta portfolio yang lebih impresif.

Akaun ETF

ETF (Exchange Traded Fund) didagangkan di bursa saham dan ia membolehkan orang ramai membeli atau menjualnya menerusi broker. ETF adalah peluang yang baik untuk perlindungan dari risiko (risk hedging) kerana ETF terdiri dari campuran beberapa saham, bon, dan instrumen-instrumen lain. Satu ETF boleh mengandungi saham beberapa syarikat besar.

ETF terkait rapat dengan indeks-indeks besar seperti Dow Jones Industrial Average, S&P500 dan lain-lain. ETF lebih menguntungkan berbanding saham-saham secara individu atau akaun PAMM, tetapi ia lebih sesuai untuk para pedagang berpengalaman. Ia cara yang baik untuk mempelbagaikan portfolio anda.

Pelaburan yang anda PATUT JAUHI!

Opsyen binari dan skim piramid adalah pantang terbesar untuk mereka yang menghormati wang yang datang dari titik peluh mereka sendiri. Ia seperti budak-budak nakal yang ibu anda nasihatkan agar anda jauhi dari berkawan dengan mereka. Kerapkali ia tampak menggoda, kerana amaun yang anda bakal dapat — tetapi risikonya terlalu tinggi.

Di Malaysia, pasti ada yang ingat tentang Pelaburan Emas TOK BERLAGAK, yang mana setiap pelabur dijanjikan pulangan secara bulanan disebabkan kenaikan harga EMAS pada waktu itu. Sedangakn harga EMAS dunia sedang mengalami trending penurunan. Sama juga seperti Skim Pelaburan FOREX, dimana pelabur akan diminta melaburkan wang mengikut pakej, broker akan melabur wang dan setiap keuntung akan dibahagikan mengikut pakej. Tapi adakah ianya sebegitu? Bagi yang nak mulakan FOREX Trading, adalah dinasihatkan untuk belajar dahulu daripada yang betul-betul pakar. Forex banyak bermain dengan EMOSI

Siapa yang menang akan menerima semua sebagai habuan, dan yang kalah akan rugi lebih banyak dari yang mereka rela untuk rugikan. Anda 100 kali lebih cenderung untuk rugi dari untung, jadi lebih baik anda jauhi ia untuk keselamatan wang dan kewarasan anda.

Penutup Tentang Pelaburan

Bila anda tahu pilihan-pilihan anda, anda boleh pilih apa yang lebih sesuai dengan gaya anda. Betapa rumit pun pelaburan bila dilihat sekilas pandang, ia sebenarnya hanyalah perkara yang asas bagi mereka yang serius tentang kebajikan wang mereka. Bila anda serius tentang wang anda, anda akan mendapat jumlah wang yang serius — semuanya tentang sikap!

Leave a comment