7 SEBAB BEST KENAPA PERLU SIMPAN DALAM SSPN-i Plus.

Bila bercakap tentang SSPN-i Plus ramai yang menganggap ianya hanya untuk pinjaman atau simpanan pendidikan PTPTN sahaja. Tahu tak, nak buat pinjaman PTPTN korang perlu akaun SSPNIPLUS? Itu merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan pinjaman pendidikan melalui PTPTN.

Ni 7 sebab kenapa anda perlu menabung dalam SSPN-I Plus. Untuk siapa? Untuk anak-anak korang la! Nak jadi ibu bapa yang baik adalah dengan memberikan pendidikan terbaik kepada mereka. Jom!

“Ibu Bapa yang baik adalah Ibu Bapa yang memberikan tahap pendidikan yang terbaik untuk anak-anak”

#1 Manfaat kematian

Sebagai ibu bapa, paling menakutkan ialah bila kita pergi dahulu meninggalakn anak-anak kita. Siapa yang akan menjaga dorang nanti?

Dengan memilih akaun simpanan yang betul, korang akan mendapat manfaat pampasan kematian yang sangat menguntungkan. Untung kepada anak-anak korang gak.

Lebih menarik lagi, korang tak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapat manfaat takaful. Boleh baca beberapa orang yang telah menerima pampasan dan manfaat hasil dari simpanan SSPN-i Plus di sini.

#2 Khairat kematian

Urusan pengebumian bukan percuma tau. Jika pampasan kematian diberikan kepada keluarga atau waris sebagai duit saguhati, khairat kematian pula adalah wang perbelanjaan untuk menguruskan pengebumiaan.

Jumlah yang akan diterima sebagai khairat kematian adalah sejumlah RM2,500 dan bergantung kepada pakej yang korang ambil.

Walaupun pendeposit adalah seorang, khairat kematian ini terpakai juga kepada pasangan dan tiga (3) orang anak.

#3 Pelepasan cukai

Simpanan SSPN-i Plus mempunyai ciri-ciri tambahan yang menarik iaitu memberi anda pelepasan cukai sehingga RM6,000 dan tambahan lagi RM6,000 dari bahagian takaful nyawa.

Ini bermakna korang boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun!

Jumlah ini cukup banyak untuk mengurangkan cukai pendapatan anda untuk tahun semasa. Bila cukai dikurangkan, korang boleh dapat balik lebihan cukai yang korang bayar.

Klk sini untuk maklumat lanjut

#4 Kadar dividen yang kompetitif

Ketika ekonomi tidak berada dalam keadaan yang baik, banyak akaun pelaburan mengalami kemerosotan dari segi keuntungan.

Namun, berbeza pula dengan kadar dividen yang diumumkan oleh PTPTN untuk produk ssnpiplus mereka bagi tahun 2019 iaitu 4% sama seperti tahun sebelumnya. Ok la daripada kita melabur dalam pelaburan yang menjanjikan keuntungan bulan dan bintang.

Kejayaan untuk mengekalkan kadar dividen walaupun dengan status ekonomi yang sangat mencabar adalah sesuatu yang wajar dipuji.

#5 Elaun masuk hospital

Bila masuk hospital, dah tentu terpaksa cuti, Kalau cuti banyak ok la, kalau cuti dah habis. Confirm tolak gaji.

Dengan sspniplus, korang boleh dapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Sangat berbaloi bagi yang bekerja sendiri dan tak bergaji tetap.

Elaun hospital ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban korang terutama ketika menghadapi masalah kewangan.

Dengan simpanan yang rendah, korang sudah boleh menikmati elaun kemasukan ke hospital.

#6 Boleh buat potongan gaji

Biasanya kebanyakan kita selalu terlepas nak bayar lebih-lebih lagi bila dapat gaji terus beli berbelanja. Memang akan skip bayar sebab duit dah berkurang.

Jadi sspniplus akan buat pemotongan terus dari akaun gaji korang. Yela takut terlupa untuk pindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun SSPN-i Plus. Korang pun boleh buat arahan pemotongan melalui gaji setiap bulan.

Kemudahan yang ditawarkan ini dapat mengelakkan masalah sering terlupa untuk melakukan simpanan.

Selain potongan gaji, korang pun boleh buat simpanan tersebut melalui perbankan internet, auto debit dari bank dan juga bayaran secara manual di kaunter PTPTN yang berhampiran tempat anda.

#7 Serendah RM30 sebulan

Betul tu serendah Rm30 je setiap bulan! Dengan RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang korang akan terima:

  1. Manfaat kematian akibat kemalangan – RM40,000
  2. Manfaat kematian selain kemalangan – RM20,000
  3. Kelebihan manfaat 36 penyakit kritikal – RM10,000
  4. Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  5. Khairat kematian – RM2,500

Dengan simpanan yang minimum setiap bulan, korang boleh mendapat manfaat yang sangat tinggi.

Nak mulakan simpanan pendidikan biar bermula dari sekarang. Bukan bila ada duit lebih atau gaji naik baru nak mula. Mulakan ikut kemampuan semasa.

Untuk anak-anak korang juga kan? jangan lupa share tau

Leave a comment