ZAKAT FITRAH SELANGOR – 2020

Ramadhan kita kali ni lain daripada sebelumnya. Kalau sebelum ni, pergerakan kita tak terbatas. Namun disebabkan COVID-19, banyak aktiviti di bulan ramadhan dihadkan.

Yang paling terkesan – Bazaar Ramadhan. Dulu bukan main ligat dalam kepala bazaar mana nak pergi dan apa yang nak makan. Huhu

Namun jangan di lupa tanggungjawab kita menunaikan salah satu perkara wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kebiasaannya kita akan diingatkan setiap kali menunaikan solat berjemaah di masjid dan juga sewaktu solat jumaat.

Pembayaran Zakat Fitrah

Ha dah lupa ke? Kalau belum lupa baguslah. Tapi dah masa COVID-19 ni, nak bayar macam mana? Nak pergi pejabat zakat negeri ke?

Ishh..ni kan zaman teknologi. Lagipun dah boleh bayar online la. Meh saya tunjuk cara nak bayar zakat fitrah online. Saya dah bayar, anda pun patutnya boleh.

Ni contoh saya bayar zakat fitrah di Selangor. Dah nama pun duduk Selangor. Bagi negeri lain, sila rujuk Pejabat Zakat Negeri masing-masing ya.

  1. Google Lembaga Zakat Selangor – https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-fitrah/
Front Page LZS

2. Klik Bayar Online

Masukkan Details

3. Pilih Jenis Zakat dan Jenis Beras

3 Jenis Pilihan Beras

4. Klik Seterusnya Dan Pilih Kaedah Pembayaran

3 Kaedah Pembayaran

5. Klik Seterusnya Untuk Bayar

Pilih bank anda dan akan keluar satu akad nikah..ehh salah, sama seperti yang kita biasa baca masa nak bayar zakat tu.

Akad Zakat bukan Akad Nikah tau

6. Selesai dan Tahniah Kerana SUdah Menunaikan Kewajipan Anda

Bila dah bayar zakat fitrah ni, hati kita akan tenang. Sebab dah menunaikan kewajipan kita kepada agama. Duit yang dizakatkan tu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan. Terutama sekali di zaman COVID-19 ni. Ramai yang terksesan.

Sedikit sebanyak dengan zakat kita, dapat meringakna beban yang ditanggung. Betul tak?

Ni petikan dari laman web Lembaga Zakat Selangor mengenai Zakat Fitrah

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Leave a comment