Harga Emas Kelantan Vs Emas Public Gold. Ada Beza Ke?

Harga emas Kelantan lagi murah dengan harga emas Public Gold? Ramai sebenarnya yang salah faham tentang harga emas ni. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini ; baca – Beza Emas Kelantan

Harga emas takda berkaitan langsung dengan lokasi emas itu dibuat atau dijual. Harga emas mengikut kepada harga pasaran dunia. Kalau ada yang jual murah, mesti bersebab. Samada gred emas yang rendah ataupun paling teruk, emas tu emas tipu!

Petikan di atas dah menyatakan harga emas bergantung kepada skill pereka emas itu sendiri. Di Kelantan ianya jadi murah kerana pereka ada di sana, kalau pereka di luar negeri. Dah tentu harga dia lain kan?


Berbalik kepada harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold. Sekali lagi saya ingin tekankan, harga emas bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Jadi pihak Public Gold sentiasa mengikut kepada harga semasa emas. Malah sentiasa di kemas kini setiap hari sekitar jam 12.00 tengah malam. Bagi emas fizikal, Public Gold akan kemas kini setiap 20 minit.

Beza Emas Public Gold Vs Emas Kelantan

Tiada beza pun emas Public Gold dengan Emas Kelantan. Beza utama cuma Public Gold menawarkan pembelian di atas talian. Boleh beli dalam website Public Gold dan juga dalam apps Public Gold. Emas Kelantan kena la beli di Kelantan.

Public Gold menawarkan urusan pembelian atas talian. Boleh beli dalam akaun GAP ataupun terus di website Public Gold. Emas yang dijual adalah gred 916 dan 999. Beli dan emas akan dihantar ke alamat rumah!

Salah satu cara TERBAIK untuk beli emas Public Gold ialah melalui akaun GAP. Anda beli emas mengikut kepada harga emas semasa, kumpul dan keluarkan dalam bentuk fizikal.

Eh boleh ke macam tu?

Kelebihan Akaun GAP Public Gold

Klik untuk mula simpan emas

Boleh je. Malah lagi untung. Sebabnya anda cuma perlu bayar caj premium dan caj penghantaran sahaja. RM10 untuk setiap item yang akan di hantar ke alamat.

Beza dengan beli di kedai, nak bayar parking lagi, caj upah lagi dan masa tu ada tak nak ke kedai emas? Dah tentu nak kena survey setiap harga emas di setiap kedai. Lain kedai lain harga tau. Ingat tu!

Satu lagi keistimewaan akaun GAP ialah, anda boleh buat Standing Instruction dalam akaun bank untuk buat pembelian emas secara automatik, Ini adalah kaedah yang paling MUJARAB bagi mereka yang nak simpan duit. Tapi belum sempat nak simpan, duit dah hilang entah ke mana. Akhir sekali menyesal sampai sekarang tak simpan duit.

Jadi kepada yang berminat nak simpan emas, anda boleh hubungi saya ya. Klik juga link di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan Emas Public Gold;

Leave a comment