Harga EMAS

SEMAK HARGA EMAS SEMASA Public Gold.

Untuk membeli produk PublicGold, anda boleh melihat Public Gold Harga Emas semasa di laman web Public Gold (tengok PG Sell). Harga yang terpampang di laman web Public Gold adalah tidak termasuk kos gold premium.

Front Page Website Public Gold

Apa itu GOLD PREMIUM?

Jika anda membeli emas di kedai emas, maka kedai emas akan cas kos upah tukang (harga semasa + upah tukang). Itulah perbezaan antara emas kelantan, emas dubai, emas bangkok atau emas murah yang anda tak tahu.

Ada sesetengah kedai memang menjual emas harga rendah, tapi itu belum lagi termasuk caj upah tukang pembuat emas. Bila total up, wow lagi mahal daripada harga emas publicgold.

Public Gold tidak menggunakan istilah upah tukang, sebaliknya menggunakan istilah gold premium.

Jadi pembeli emas publicgold akan membayar harga semasa + gold premium.

Namun, untuk item-item yang dijual pada harga suggested retail price seperti 0.5 gram, 1 gram, 5 gram dan ½ dinar, kos gold premium sudah dimasukkan. Pembeli hanya membayar harga yang tertera pada ruangan suggested retail price.

Products premium msia
Jadual Gold Premium

Contoh pengiraan harga.

Anda ingin membeli jongkong emas 10 gram. Harga semasa (diatas) adalah RM2125 – (RM1792 harga Tahun 2017). Kos premium adalah RM15. Jumlah keseluruhan harga yang anda bayar adalah;

  • RM1792 + RM15 = RM1807 (Semenanjung) – Tahun 2017
  • RM1792 + RM30 = RM1822 (Sabah/Sarawak) – Tahun 2017
  • RM2125 + RM15 = Rm2140 (Semenanjung)
  • RM2125 + RM30 = RM2155 (Sabah/Sarawak)

Anda ingin membeli 2 keping 5 dinar. Harga semasa adalah RM3808x 2 biji. Kos premium adalah RM15 x 2. Jumlah keseluruhan yang anda bayar adalah;

  • (RM3808 x 2) + (RM20x2) = RM7656 (Semenanjung) – Tahun 2017
  • (RM3808 x 2) + (RM40x2) = RM7696 (Sabah/Sarawak) – Tahun 2017
  • (RM4515 x 2) + (RM20x2) = RM9070 (Semenanjung)
  • (RM4515 x 2) + (RM40x2) = RM9110 (Sabah/Sarawak)

NOTA KAKI! Jika anda berminat membeli emas ½ dinar, 1 gram dan 5 gram pada harga murah, anda boleh menggunakan kemudahan akaun GAP Public Gold (Gold Accumulation Program)

Serendah RM100 anda dah boleh beli emas melalui public gold gap. Jadi tiada alasan lagi untuk anda mula beli dan simpan emas